Pelan Pemakanan Ramadan 2021

Berpuasa pada bulan Ramadan akan mengubah pola pemakanan anda dan menyebabkan tahap glukosa darah anda sama ada menjadi terlalu tinggi atau terlalu rendah. Pelan pemakanan yang betul amat penting untuk memastikan aras glukosa darah anda berada dalam tahap optimum pada bulan puasa.

Pelan Pemakanan Ramadan atau Ramadan Nutrition Plan (RNP) adalah pelan yang telah terbukti secara klinikal, dibentuk untuk membantu individu dengan Diabetes Jenis 2 (T2DM) mencapai kawalan glukosa darah dengan lebih baik dan membantu dalam pengurusan berat badan1,2. Penurunan berat badan terbukti dapat memperbaiki kawalan glukosa darah3untuk individu yang mengalami T2DM dan mempunyai berat badan berlebihan.

Pelan Pemakanan RNP adalah seimbang dengan pengagihan makronutrien berikut:

Karbohidrat 40-50%, terutamanya sumber GI rendah
Protein 20-30%
Lemak 30-35%, terutamanya lemak mono dan poli tidak-tepu

Menu Sahur dan Berbuka (Iftar) dibentuk berdasarkan konsep "Pinggan Ramadan" yang terdiri semua kumpulan makanan termasuk biji-bijian, makanan kaya dengan protein, sayur-sayuran dan buah-buahan.

*Pengambilan cecair sekurang-kurangnya 2 liter sehari adalah penting untuk mengelakkan dehidrasi. Agihkan pengambilan air secara samarata antara Berbuka (Iftar) dan Sahur.

FKD (Formula Khusus Diabetes)

Makanan tambahan yang sempurna dan seimbang dirumus khas untuk individu yang menghidapi diabetes.

Boleh digunakan untuk menyempurnakan pelan pemakanan pada Bulan Ramadan disamping mencapai kecukupan nutrien dan hasil klinikal yang diinginkan1.

Boleh diambil semasa Sahur atau sebagai snek sihat untuk Moreh mengikut keperluan kalori dan karbohidrat.

Boleh juga diambil sebagai pengganti makanan semasa Syawal dan diteruskan pada bulan-bulan lain untuk kawalan diabetes yang lebih baik4.

PENGAWALAN BERAT BADAN SEMASA RAMADAN

Untuk menurunkan atau mengelakkan pertambahan berat badan, pengambilan kalori harus ditentukan berdasarkan ketinggian dan jantina. Agihkan pengambilan karbohidrat dan jumlah kalori untuk Sahur dan Iftar.

Selain aspek pemakanan, anda perlu mengekalkan kecergasan dalam bulan Ramadan. Elakkan aktiviti fizikal berlebihan pada waktu siang dan lakukan senaman ringan selepas berbuka puasa termasuk menunaikan solat terawih.

Sila rujuk kepada jadual berikut untuk memilih keperluan kalori yang sesuai untuk anda.

KALKULATOR BMI DEWASA

Kalkulator ini menyediakan indeks jisim tubuh (BMI) dan kategori status berat badan yang sesuai untuk dewasa berumur 20 tahun ke atas.

Ramadan Nutrition Plan EN 6
Ramadan Nutrition Plan BMI Calculator

PELAN MENU 14 HARI RAMADAN

Pilih pelan pemakanan berdasarkan jumlah kalori yang sesuai untuk mengoptimumkan kawalan berat badan dan aras glukosa darah anda sepanjang Ramadan ini.

Carta Jantina
Ramadan Nutrition Plan Food Calories Arrow Left Arrow Right
Sahur Snack Breakfast Healthy Snack

Untuk keterangan lanjut, anda boleh muat turun Pelan Menu 14 Hari Ramadan

Ramadan Nutrition Plan Food Calories Arrow Left Arrow Right
Sahur Snack Breakfast Healthy Snack

Untuk keterangan lanjut, anda boleh muat turun Pelan Menu 14 Hari Ramadan

Ramadan Nutrition Plan Food Calories Arrow Left Arrow Right
Sahur Snack Breakfast Healthy Snack

Untuk keterangan lanjut, anda boleh muat turun Pelan Menu 14 Hari Ramadan

Ramadan Nutrition Plan Food Calories Arrow Left Arrow Right
Sahur Snack Breakfast Healthy Snack

Untuk keterangan lanjut, anda boleh muat turun Pelan Menu 14 Hari Ramadan

Ramadan Nutrition Plan Food Calories Arrow Left Arrow Right
Sahur Snack Breakfast Healthy Snack

Untuk keterangan lanjut, anda boleh muat turun Pelan Menu 14 Hari Ramadan

Selamat berpuasa dengan Pelan Menu 14 Hari Ramadan oleh ahli dietitian untuk mencapai aras glukosa darah yang optimum!

Untuk maklumat lanjut tentang RNP dan pelan pemakanan Syawal, sila klik butang di bawah untuk muat turun eBuku:

Ramadan Nutrition Plan Food Calories